Perlaksanaan di Tanah Suci Mekah, Harga serendah RM160 secara ansuran untuk seekor Kambing Aqiqah
Aqiqah4u.my & Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) membawakan kepada anda Perkhidmatan Pelaksanaan Aqiqah di Tanah Suci Mekah dengan harga yang murah serta perlaksanaan yang mudah.
Perlaksanaan pada Tarikh Pilihan anda
Notifikasi SMS dan Emel setiap Proses
Selesai dalam tempoh 24 Jam
Pembayaran Ansuran RM160.
Setiap Perlaksanaan Aqiqah
Hadiah Cenderahati untuk setiap peserta
Kami menggunakan Akad Wakalah dan Salam dalam menyempurnakan Ibadah Aqiqah buat anda.
Aqiqah adalah sembelihan yang dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu Wa Ta’ala atas kelahiran bayi tersebut. Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut oleh Islam.
Jumlah sembelihan adalah berbeza mengikut jantina bayi.
BAYI LELAKI = 2 Ekor
BAYI PEREMPUAN = 1 Ekor
Sekiranya ibu bapa hanya mampu untuk melaksanakan 1 ekor sahaja untuk bayi lelaki, maka ianya tidak mengapa, mengikut kemampuan yang ada. Sekiranya dimurahkan rezeki pada masa akan datang, maka boleh menambah dan menyempurnakan ibadah Aqiqah tersebut.
Akad Wakalah (Perwakilan)
Akad pada asasnya adalah persetujuan antara 2 pihak dalam sesuatu urusan. Akad yang dilakukan melalui telefon atau persetujuan sewaktu mendaftar adalah sudah memadai kerana persetujuan dan perwakilan antara kedua pihak jelas dinyatakan. Pembayaran yang dibuat oleh pihak pembeli kepada penjual/ pemberi khidmta membuktikan bahawa si pembeli telah bersetuju dan meredhai urusan tersebut
Akad Salam (Tempahan)
Akad ini adalah persetujuan tempahan dengan butiran jenis kambing, berat kambing (15-20kg), jumlah peratusan yuran dan pengurusan.
Hukum Aqiqah adalah Sunnat Muakkad dan ianya adalah tanggungjawab bapa (dari duitnya) mengikut kadar kemampuan. Ianya dituntut sehinggalah anak tersebut mencapai umur akil baligh. Adapun selepas baligh, maka bapa tidak lagi terikat dengan hukum aqiqah tersebut dengan syarat beliau memang tidak mampu dari sudut kewangan dan sebagainya.
Anak tersebut boleh melaksanakan aqiqah untuk dirinya sendiri setelah dewasa dan mempunyai lebihan rezeki.
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا
Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran Anak itu ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”
(Riwayat al-Bukhari – 2839)
Sebarang persoalan mengenai Kolaborasi ini, hubungi Puan Anizah Samah atau email ke [email protected] | [email protected] atau hubungi +60105552504
© 2022 Persatuan Tadika Islam Malaysia - Aqiqah4u.my